Endurance Rider

Saturday, October 9, 2010

Uruguay 160km Endurance Ride 3Star FEI (Malaysia Team)

Senarai penunggang dan pegawai dari Malaysia
Dari kiri : YM Raja Mahmood (pengurus), Faizal (rider), Dato Haji Shuib (rider), Sabarudin (rider), Rino (rider), Sjn Roslan (rider), En Mat Din (pengurus), Sjn Zul (rider), Holio (pembantu)
En Hamid (rider), Ruben Parra (pembantu), Dr Niza (veterinar)



Setelah menempuh perjalanan selama 36 jam maka sampailah aku ke bumi Uruguay. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi selain negara tanah tumpah darahku sendiri. Sebelum ini memang aku terminpi-mimpi teringin nak naik kapal terbang, tetapi kali ini terasa serik pulak, sebab terlalu lama dalam kapal terbang yang merentas 3 benua.




Pertama transit kat London 6 jam lepas tu Brazil lebih kurang 2 jam. Huhh.. memang memenatkan. Apapun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku membawa nama Malaysia untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Alhamdulilah.



Sesampainya aku di bumi Uruguay, aku bersama rakan juang yang lain terus dibawa ke hotel, jelas terpancar raut wajah yang keletihan di muka masing-masing. Setelah selesai solat aku memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, dan sempat jua aku menghabiskan surah yasin sebelum aku merebahkan badan ke katil. macam tak percaya yang sekarang ini aku sedang berada di negara orang, dan yang paling aku tak sangka ialah aku terpilih untuk mewakili Malaysia. Memang kadang-kadang tu terasa berdebar juga bila memikirkan tanggungjawab yang berat dipikul kerana telah diberi kepercayaan.



Namun jauh di sudut hatiku sebenarnya aku telah nekad untuk buat yang terbaik demi Malaysia tanah air tercinta. Andai kata aku terpaksa merangkak sekalipun untuk melepasi garisan penamat, akan ku lakukan jua. Akan ku kerah semua tulang empat kerat ku ini untuk membuktikan bahawa aku mampu lakukan dan rakyat Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia Boleh!!

Gambar ini aku ambil sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Costa Azul.
Lantas mulutku mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW.
Berkobar-kobar rasa dan cukup bersemangat.



Hmm.. ini adalah antara kuda yang disediakan untuk penunggang-penunggang dari malaysia. Sebelum aku sampai Sarjan Zul telah pun memberitahu kuda yang sesuai telahpun dipilih untuk aku dan nama kuda tu bilad El Arab sebab saiznya yang kecil memang sesuai untuk aku. Setelah aku lihat kuda tersebut aku pun tak cakap banyak dan aku setuju.

Bilad El Arab



First aku try kat pantai memang best dan boleh rasa yang kuda tu memang kuda yang berpengalaman. Walaupun canter ada sedikit keras tetapi pace senang nak control. Kuda-kuda kat sini kebanyakkannya neck rein, ada polo style sikit. Alhamdulillah tak menjadi masalah kepada aku sebab kuda arab yang aku tunggang sebelum ini pun aku guna sebelah tangan jugak. Akan ku gunakan segala pengalaman yang ada dalam pertandingan kali ini dan kiranya aku gagal sekalipun akan ku ambil dan kutip pengalaman baru disini untuk menambahkan ilmu dalam bidang ini.

Track Inspection





Track Inpection petang itu amat berbeza dengan track inspection yang sebelum ini aku pernah lalui. Pertamanya dari segi track yang begitu simple. Tidak seperti malaysia yang yang sangat teliti dalam meletakkan tanda anak panah ke kiri atau ke kanan. Timbul sedikit kerisauan takut-takut tersesat nanti.
Track di costa azul ini lebih kepada melalui kawasan pantai dan laluan tepi hiway. Satu perkara yang aku kagum mengenai track inspection ini ialah semangat kerjasama yang sangat tinggi antara pasukan. Semua pasukan tidak berpecah dan seolah-olah dalam satu pasukan. Inilah yang dinamakan persaingan yang sihat.







"Ruben sedang memberi penerangan mengenai track"


Hari Pertandingan

Pertandingan bermula awal pagi. Dato Haji Shuib Membacakan Doa untuk pasukan Malaysia. Setiap kali aku mengaminkan doa makin berdegup kencang jantungku dan makin berkobar semangatku. Rasa macam dah tak sabar-sabar nak memulakan pertandingan.

Kami berlepas dalam keadaan subuh masih gelap lagi. Pasukan Malaysia berlepas paling akhir. Pasukan-pasukan yang lain telah jauh tinggalkan pasukan Malaysia. Memang kalau bertanding diluar negara inilah style mereka, mereka akan melepaskan kuda-kuda mereka untuk berlari laju dan akan push kuda mereka dipusingan akhir nanti.Target pasukan Malaysia untuk pertandingan ini hanyalah untuk melepasi had kelayakan (COC) yang telah ditetapkan oleh FEI bagi melayakkan diri ke World Endurance Championship (WEC). Jadi semua penunggang haruslah menggunakan had waktu yang minima untuk hanya melepasi kelayakan.

Kami melalui trek pantai yang panjang. Sewaktu tiba dipantai cuaca makin cerah dan aku serta rakan sepasukan yang lain canter melalui trek pantai. Kelihatan kuda-kuda yang ditunggang oleh orang-orang tempatan disana sedang bermain di gigi air. Suasana ketika itu sangat mengujakan aku. Kemudian pasukan Malaysia yang terdiri daripada 7 orang penunggang sampai di satu kawasan lapang yang luas dan ditepinya adalah tasik yang cukup besar dan cukup cantik. Kami canter seiringan dan aku rasa seperti bagaikan dalam mimpi.

Water Point! setiap water point pasukan yang berlainan akan berpecah dan dibahagikan kepada chek point masing-masing. jelas semangat kesukanan yang tinggi diamalkan disini. Aku dapat lihat begitu bertungkus lumus setiap pasukan membantu pasukan-pasukan yang lain. Kemudin kami meneruskan lagi pertandingan tetapi kali ini aku memperlahankan sedikit pace, aku dapat rasakan yang pace tadi terlalu laju untuk kelayakan.


Tak perlu aku bazirkan tenaga kuda kerana banyak lagi pusingan yang akan ku hadapi memandang ini pusingan pertama. Tiba-tiba dalam jarak 8km lagi untuk sampai ke garisan penamat untuk pusingan pertama kasut kuda aku bilag El Arab tercabut. Arghhh!!! Aku terus turun dari kuda. Pada waktu tu Sarjan Zul dan Sarjan Roslan ada diblakang aku dan aku menyuruh mereka untuk meneruskan pertandingan dan mudah-mudahan mereka akan mendapatkan bantuan Farrier Untuk aku.


Aku terus berlari-lari anak sambil memimpin kudaku tiba-tiba ada satu pasukan lain yang sedang menaiki 4x4 berhenti dan terus memberikan bantuan kepadaku. Dengan pantas Farrier pasukan tersebut memasang kasut kuda ku. Alhamdulillah, Allah tu maha kaya.. Disaat aku terputus harap kepada jualah aku bermohon dan disaat itu jua tiba bantuan. Selepas itu tak putus-putus aku menyebut kalimah suci dan sentiasa berzikir sepanjang pertandingan. Mungkin ada hikmahnya kasut kudaku tercabut. Ini menjadikan aku lebih mengingati Allah dan lebih bertawakkal kepadanya.


Pusingan pertama Alhamdulillah Tamat dengan sempurna. Cuma aku tertinggal sedikit kebelakang. Tetapi pasa pusingan kedua aku dapat merapatkan jarak dengan pasukan aku. Pusingan-pusingan yang seterusnya berlalu begitu pantas dan Hamid serta Sarjan Roslan telah awal dulu kecundang, kemudian tinggallah aku Zul, Faizal dan Sabarudin manakala Dato Shuib telah jauh didepan.


Pada pusingan akhir hanya tinggal aku dan Dato Shuib sahaja yang dapat meneruskan perjuangan. Dato shuib telah awal dulu menamatkan pertandingan. Dalam pusingan akhir aku melaui laluan hiway. Pacuan 4 roda dari pasukan aku iaitu owner Bilad El Arab mengiringi aku
sambil bertanyakan speed Bilad.



Akhirnya aku berjaya menamatkan pertandingan. Alhamdulillah. Aku bersyukur tidak terhingga. Sempat juga mereka mencampakkan aku ke dalam bekas air yang besar tu. haha... memang tradisi disini sekiranya penunggang berjaya menamatkan pertandingan maka basah kuyuplah jawabnya. Apapun senyum kepuasan akhirnya kuukirkan setelah berhempas pulas selama 11 jam menunggang. Alhamdulillah syukur.